Friday, February 6, 2009
"Kin Country Syndrome"
Saya gelak besar bila terbaca kenyataan seorang artis tersohor dalam akhbar perdana tentang tragedi di Gaza. artis yang dicintai dan dimegahi oleh 90% rakyat malaysia ini berkata sumbangannya yang diperolehi dari lelongan jaket peribadinya itu sangatlah kecil nilainya. apa yang penting katanya adalah usaha kita (bermaksud usaha dia juga) untuk mengekalkan kedamaian dan keamanan di Gaza. A..hahahaha! maka sudah terang lagi bersuluhlah akan kecetekan informasi apalagi lah ilmu dalam otaknya itu. Dan bukan dia seorang sahaja, penyakit itu telah pula merebak seperti virus atau plague melanda pemikiran sebahagian besar rakyat malaysia ini. Lalu semenjak regim Zionis Israel menyerang Gaza bertubi-tubi (walaupun bom yang pertama datangnya dari Hamas), malaysia telah menyaksikan kemeriahan demi kemeriahan pesta- pesta derma dungu yang di limpahi wang ringgit dan wajah-wajah artis yang bergemerlapan.
'kin Country Syndrome' adalah istilah yang keluar dari mulut penulis kontroversi Samuel Huntington dalam tesisnya tentang 'clash of civilisations' atau 'perang antara tamadun ' khususnya antara tamadun barat dan tamadun Islam. ia bermaksud sokongan membuta tuli oleh negara-negara yang berkongsi satu ugama atau satu falsafah terhadap negara lain yang juga satu ugama dengan mereka yang dilanda peperangan. Dalam erti kata lain, apabila Iraq diserang oleh amerika, negara-negara Islam yang lain bersimpati dan menyokong Saddam hussein walaupun mereka tahu saddam hussein adalah seorang diktator yang kejam terhadap rakyatnya dan tidak patut dihargai. maksudnya, asalkan Islam atau muslim tak kira apa pun perangainya, kita sokong.
Lalu apabila Gaza diserang bertubi-tubi (walaupun Hamas juga dikenali sebagai satu parti yang berlandaskan 'violence'), kita di landa 'kin country syndrome'. yang dungu pula sifatnya.
ia menjadi dungu kerana segala derma-derma tersebut dibuat tanpa ilmu. Imu yang penting untuk kesedaran kita tentang hakikat sebenar perang di gaza ini.
sejak Gaza dibelasah (walaupun Hamas dibentuk adalah untuk mendapatkan sekeping tanah dengan cara kekerasan, maksudnya mereka memang menunggu untuk dibelasah dan membelasah), peratusan rakyat yang menghadiri forum-forum keilmuan tentang sejarah Israel dan palestin boleh dikira dengan jari sebelah tangan berbanding dengan yang menghadiri konsert-konsert dan lelongan artis-artis terkenal. apalagilah yang mahu membaca atau menelaah tentang perkara itu dari buku-buku ilmiah atau internet.
Perbezaan antara falsafah zionisme, si zionis yang mengamalkan falsafah zionisme, bangsa yahudi dan negara israel amat penting untuk kita pelajari supaya kita tidak di landa 'kin country syndrome' yang membuta tuli dan dungu. Begitu juga dengan sejarah palestin yang bergelut dalam konflik politik sesama sendiri sehingga terpisahnya tampuk pemerintahan Fatah yang lebih kanan di Tebing Barat dan Hamas di Semenanjung Gaza. Sejarah allahyarham yasser arafat dan PLO nya, serta hubungkait politik yang rumit dengan Arab Saudi yang dibayangi oleh campurtangan pejuang mujahideen, Taliban, al-Qaeda, ISI pakistan dan sebagainya. itu belum lagi sejarah campurtangan amerika syarikat dengan polisi-polisi keamanan yang menguntungkan pihak mereka. tidak perlulah saya berkhutbah tentang semua ini kerana ia banyak diperkatakan dengan lebih ilmiah dan mendalam dalam buku-buku yang tersusun rapi dalam kedai-kedai buku yang menunggu rakyat menggunakan duitnya untuk sesuatu yang berfaedah.
persoalannya, apakah kemampuan kita (atau artis tersebut di atas) yang ingin mengadakan keamanan di gaza sedangkan rakyat Gaza sendiri tidak dapat menyelesaikan kemelut politik dalaman mereka?
saya tidak faham kenapa duit ringgit yang dijadikan ukuran keamanan sedangkan minda yang celik dan sedar adalah titik tolak pertama yang menghidupkan jentera kemerdekaaan. Tidakkah kita sedar bahawa duit ringgit yang kita dermakan itu akan pergi ke puak Hamas yang berlandaskan gerakan bersenjata? sudah tentu duit ringgit itu akan digunakan untuk membeli lebih banyak senjata untuk perang yang akan datang kerana mereka percaya kepada kesucian perang itu(holy war). mereka suka dan mengharapkan perang untuk mati sebagai jihad dan masuk syurga.
lalu untuk apa kita menangis untuk anak-anak kecil dan pemuda-pemuda serta rakyat Gaza yang sudah tentu masuk syurga? Kita patut menangisi diri sendiri kerana sudahlah belum tentu masuk syurga, duit pun habis menderma, terpaksa pulak menghadapi kemelesetan ekonomi yang runcing, tak cukup pulak duit untuk membeli buku-buku ilmiah yang dapat mencelikkan minda kita yang sempit dan dungu ini.
Kerana tidak berilmulah kita mudah sangat ditipu oleh sentimen keagamaan. Kita percaya perang gaza adalah perang agama (kerana mereka muslim) sedangkan perang Israel-palestin itu adalah perang hakmilik sekeping tanah dan segelintir rakyat Palestin itu ada yang beragama kristian.
Kerana tidak berilmulah, kita tidak tahu bahawa zionis itu adalah nama yang diberikan kepada sesiapa sahaja yang mendukung falsafah zionisme tidak kira dia datang dari bangsa apa pun. sebab itu apabila Hishamuddin rais dikecam hebat oleh orang-orang Barisan nasional kerana terminologi 'zionis tempatan' atau 'zionis melayu', saya gelak besar seminggu lamanya. Kerana orang-orang yang mengecam itu jugalah yang sibuk menganjurkan pesta derma gaza. Eloklah, yang menganjur dan yang dianjur pun sama hebat kedunguan mereka.
Kerana tidak berilmulah, kita mudah menuduh semua orang yahudi itu jahat dan kafir sedangkan ada orang-orang yahudi beragama islam dan ada orang Melayu yang jauh lebih jahat dan al kafirun dari kafir lain. kasihan pada nabi-nabi Allah yang dulunya berketurunan Yahudi dari Bani Israel.
kerana tidak berilmulah, kita tidak dapat mengenalpasti bahawa walaupun agama Islam itu sempurna, muslim adalah manusia-manusia yang tidak sempurna. Perang terjadi kerana adanya 2 pihak yang egoistik. Dan egoistik bukanlah sifat agama. Egoistik adalah sifat manusia tidak kira apa pun agamanya. mari kita mengambil iktibar dari pembunuhan benazir bhutto yang didalangi oleh Al-Qaeda, Madrassah Merah (red Mosque), anak lelaki Osama bin laden dan intelegensia pakistan - 4 pertubuhan yang semuanya berteraskan ugama Islam.
Kerana tidak berilmulah kita tidak tahu apa itu zionisme. falsafah merbahaya berteraskan perkauman, apartheid, penghapusan etnik yang membina dinding apartheid yang bila-bila masa boleh menyerang kita sekiranya kita tidak ada kesedaran dan ilmu tentangnya.
dan menderma atas nama kemanusiaan tanpa tahu apa erti kemanusiaan itu sendiri adalah perbuatan orang-orang yang tidak berilmu. Mereka sukakan glamor ala-ala jihadis. mereka ingin dilihat sebagai berperikemanusian, berjuang menegakkan hak dan agama sedangkan hak dan agama itu hanya benar sekiranya manusia itu berilmu tentang perkara tersebut.
Seperti tubuh badan kita yang mudah diserang penyakit kerana kurang ketahanan antibodi. minda kita akan di serang pelbagai sindrom dan dakyah-dakyah sekiranya kurang ketahanan ilmu dan kesedaran.
dan sewaktu saya menulis artikel ini, saya di serang selsema. dan minda saya di serang pula oleh kegawatan politik di Perak. Dalam masa yang sama saya teringat seorang ibu tunggal berbangsa melayu beragama Islam di Johor yang terpaksa menyerahkan 3 orang anaknya kepada orang lain kerana tidak mampu menanggung kos kehidupan dan perubatan yang dibebani anak keempatnya yang lahir lumpuh tanpa tulang rusuk. Siapa agaknya yang ingin berjihad untuk dia? Mungkin saja tak ada kerana sudah tentu sumbangan dan si penyumbang kepada beliau tidak akan atau kurang dipublisitikan di dalam media. apa sangatlah isu tempatan kalau dibandingkan dengan isu internasional, ye tak?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
cepat sembuh sis=)
YAHUDI, BANGSA YANG DILAKNAT ALLAH SWT
Sejak berlangsungnya diaspora (bercerainya kaum Yahudi ke seluruh penjuru dunia), mereka telah menjalani babakan sejarah yang amat pekat. Mereka bertebaran di muka bumi, hidup hanya mengandalkan belas kasihan bangsa-bangsa lain. Mereka tinggal di perkampungan tertutup yang dinamai ghetto. Akan tetapi mereka termasuk bangsa yang tidak tahu membalas budi, sehingga bangsa-bangsa yang menerima kehadirannya merasa gundah dan terancam. Keadaan tersebut membuahkan perasaan anti Yahudi yang menjalar ke seluruh penjuru dunia. Pengusiran, pengejaran, teror, dan pembunuhan menjadi warna hidup sehari-hari Yahudi. Kita mencatatnya, bagaimana di bawah kekuasaan Nebuchadznezar misalnya, bangsa Babilonia menumpas habis setiap orang Yahudi di wilayahnya. Begitu pula kejadian yang menimpa mereka pada abad VII M, yaitu ketika Romawi menggulung orang-orang Yahudi di atas bumi Romawi.
Untunglah, dengan munculnya Kekhilafahan Islam, eksistensi mereka terselamatkan (karena semua negara sudah memusuhi mereka) untuk sementara. Namun keadaan tersebut tidak berarti sikap, tabiat, dan sifat-sifat yang mejadi ciri khas bangsa Yahudi sejak dahulu hilang (berubah). Malah dengan terang-terangan mereka menyebarkan intrik politik dan sosial, keresahan ekonomi, dan berbagai macam racun masyarakat ke tengah-tengah kaum muslimin.
Persekongkolan Yahudi dengan para Imperialis Barat dan permusuhannya terhadap kaum muslimin berlanjut sepanjang sejarah, tidak pernah patah di tengah jalan, apalagi berhenti. Di awal abad ini bersama-sama kekuatan lain yang memusuhi Islam, mereka berjaya menggulingkan Kekhilafahan Islam di Istanbul, negara yang sebelumnya melindungi mereka dari kematian dan kepunahannya.
Kejadian yang paling tragis yang menimpa mereka adalah, pembantaian menjelang Perang Dunia II terhadap lebih dari enam juta orang Yahudi di Jerman oleh Nazi Jerman di bawah kekejaman Hitler (mungkin hanya metos untuk tujuan tertentu). Memang tidak ada satu bangsapun di dunia ini mengalami penderitaan begitu lama dan penghinaan yang menginjak-injak martabat mereka sebagai manusia (penyiksaan yang teramat kejam) selain bangsa Yahudi. Tetapi pada dasarnya, perlakuan yang tidak simpatik dan tindakan lainnya yang dilakukan oleh setiap bangsa terhadap mereka tidak lain adalah merupakan akibat ulah mereka. Merekalah kaum yang berani mengatakan, “Sesungguhnya Allah itu fakir dan kami adalah kaum yang kaya” (QS. Ali Imran 181) dan, “Tangan Allah itu terbelenggu (kikir)” (QS. Al Maidah 64). Begitu murkanya Allah kepada mereka sehingga sebagian dari mereka dikutuk menjadi babi dan kera, sesuai firman Allah SWT:
“…yaitu orang-orang yang dikutuki dan dimurkai Allah, di antara mereka ada yang dijadikan kera dan babi…” (QS. Al Maidah 60, lihat pula QS. Al Baqarah 65). Mahabenar Allah SWT dengan segala firmanNya:
“Maka, Kami lakukan terhadap mereka beberapa tindakan (melaknat dan mengutuk mereka) disebabkan mereka melanggar perjanjian itu dan karena kekafiran mereka terhadap keterangan-keterangan Allah, serta mereka membunuh nabi-nabi tanpa alasan yang benar” (QS.An Nisaa’ 155)
“…lalu ditimpakanlah kepada mereka (kaum Yahudi) nista dan kehinaan, serta mereka mendapatkan kemurkaan dari Allah. Hal itu terjadi karena mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh nabi-nabi tanpa alasan yang benar…” (QS. Al Baqarah 61).
Kehinaanpun akan meliputi mereka dimana-mana, firman Allah SWT:
“Mereka diliputi kehinaan dimana saja mereka berada,…dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah dan mereka diliputi kerendahan. Yang demikian itu karena mereka kafir kepada ayat-ayat Allah…” (QS. Ali Imran 112).
Kecuali bagi mereka yang kemudian masuk Islam dan memegang janji:
“…kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia…” (QS. Ali Imran 112).
nabil-terima kasih dengan artikel kecil anda yang penuh dengan informasi yang berguna untuk saya.
yang saya kesalkan, sifat-sifat yahudi yang bergelora dalam hati dan pekerti bangsa kita.mereke juga terang-terangan menyebarkan intrik politik dan sosial, keresahan ekonomidan berbagai macam racun masyarakat. dan cabarannya lebih besar kerana ia melibatkan komuniti pelbagai kaum yang berbeza ugama tetapi sama [percaya peda kewujudan Tuhan dan pekerti yang tidak menindas manusia lain atau alam ciptaan Tuhan ini. Saya sangat percaya bahawa sebelum kita memulihkan orang lain, kita harus membaikpulih diri kita dulu. sebelum membaikpulih bangsa lain, kita harus menuntun bangsa kita dulu ke araah cahaya kesedaran. sebelum membaikpulih masyarakat lain, masyarakat kita mestilah terdidik dahulu seblum dapat memimpin yang lain itu. Sebelum kita jadi internationalista, kita mesti menjadi lokalista dahulu.Bila kita bercahaya, barulah kita dapat memancarkan cahaya itu ke orang lain. jadi saya tak mahu membiarkan bangsa yahudi menjadi bangsa yang terpandai di dunia ini. Saya mahu bangsa kita juga sama pandai. dan kepandaian itu, saya percaya hanya akan bermula dari persoalan-persoalan dan curiosity kita terhadap satu-satu perkara yang telah lama kita tahu atau persetujui bersama. proses pencarian itu yang melonjakkan kita kepada satu lagi tangga dan jawapan yang akan kita temui harus pula kita challenge semula semoga kita lebih mengerti dan lebih bijak dari semalam.
coffeholic - tq very much. dah much better now.;)
Post a Comment